Trip ke Pulau Perhentian

Assalamualaikum w.b.t...


Post aku kali ini mungkin bagi inspirasi untuk anda yang nak bercuti ke pulau-pulau di seluruh Malaysia especially di Pantai Timur. Seperti ramai ketahui, terdapat banyak pulau yg bertaraf dunia kat negara kita ni cuma kita je yang tak explore kat negara sendiri. Macam aku sendiri kadang-kadang aku lebih tertarik dengan negara luar sebab dalam masa yg sama kita boleh belajar dengan life rakyat kat negara tu sendiri. Apa yang bagus boleh lah kita amalkan kat negara kita ni. So last month (20 March 2016-22 March 2016), aku, suami dan 2 orang lagi kawan (pengantin baru) dah plan trip ke Pulau Perhentian. Misi aku dalam travel ni memang Pulau Perhentian adalah pulau yang paling aku idamkan untuk jejakkan kaki. Tercapai juga hasrat aku akhirnya. So kami plan trip yang bajet je ke sana.



Kami gerak sabtu malam dari Terminal Bersatu Selatan menggunakan bas Sani Ekspress pukul 10.00 malam. Perjalanan ambil masa 8 jam. Sekitar pukul 6 pagi kami dah sampai di Jeti Kuala Besut. Bas tu akan berhenti betul-betul hadapan jeti tu. So sementara nak tunggu jeti tu buka, kami solat dan sarapan pagi kat sekitar jeti. Bila jeti dah buka, dah boleh start beli tiket ke Taman Laut dgn harga RM5.00 sahaja. Dalam iti trip yang aku book ni memang ada trip ke Taman Laut so bergantung kepada iti trip korang jugak lah ye. Untuk equipment (jaket + google) bayaran sebanyak RM10.00 kena bayar dengan pakej yg kami ambil tu. So bila semua dah settle kat jeti, perjalanan bot dari jeti ke pulau perhentian kecil tu tak sampai 30 minit pun. Perasaan tu memang tak sabar sebab ni first time jejak pulau yg cantik macam ni. Selalu tengok dalam gambar je. Dari jeti lebih kurang pukul 9 pagi. Sampai jeti kampung nelayan lebih kurang 9.30 sebab kami ada singgah untuk turunkan orang di jeti yg lain. Kami check in lebih kurang pukul 10.30 pagi sebab sebelum tu kami kena settlekan bayaran dulu, ambil kunci dan briefing untuk aktiviti petang. So bilik untuk pakej yg kami ambil tu boleh dikatakan selesa untuk yg nak berjimat. Tapi kalau nak honeymoon feeling ala-ala puteri tu memang tak sesuai la sebab TV pun takda. Hehehe. Sementara nak tunggu makan tengahari aku dengan suami pun jelajah la kampung nelayan, jalan-jalan sambil ambil gambar. Kat situ memang banyak bot sikitla sebab nama pun kampung nelayan kan. Kampung nelayan ni boleh dikatakan semuanya lengkap la. Ada banyak kedai makan, sekolah, masjid dan balai polis. So anything happen waktu trip ni ada la tempat korang nak mengadu. Yang penting kedai makan kat sini lebih murah dan sedap. Yang lebih sukakan happening tempat yg sesuai semestinya long beach sebab waktu malam ada function. Dari Kampung Nelayan ke Long Beach boleh guna taxi air yg mana setiap orang dikenakan RM20.00 untuk trip pergi dan balik. Lepas 12.00 malam bayaran lebih mahal.





Kami lunch pukul 12.30 tengahari. Kafe tu dekat bawah bilik yang kami stay so tak perlu jalan jauh-jauh nak pergi makan. Pukul 3.00 petang dah kena get ready untuk aktiviti kat Taman Laut. Kami kena bayar RM10.00 seorang untuk equipment (jaket + google) yg macam aku cakap tadi. Taman Laut ni dekat Pulau Perhentian besar. Dari Kampung Nelayan ni boleh dikatakan berhadapan je tapi still kena naik bot la. Kami gerak lebih kurang pukul 4.00 petang dan dah janji dengan boatman tu suruh ambil kami pukul 6.00 petang. Aktiviti ni memang sesuai untuk korang yang first time nak snorkeling. So kat Taman Laut ni korang boleh belajar cara2 nak sesuaikan diri dengan air yang lebih dalam bila snorkeling nanti. Seriously aku pun cuak juga bila kaki dah tak jejak pasir tapi sebab ada jaket so lebih confident. Rahsianya confident je. Kalau korang buat kelam-kabut memang tak guna ada jaket. Bertapa lah kami kat situ 2 jam sementara nak tunggu boatman tu datang ambil. 






Malam aktiviti bebas. So malam pertama tu kami decide nak pergi long beach. Bayaran macam yang aku cakap tadi la. Keesokannya sambung aktiviti snorkeling. Yehaaa... aktiviti yang ditunggu-tunggu. sebelum keluar bilik sakan dah laki bini sapu sunblock kat muka tangan & lengan. Harap-harap tak hitam balik snorkeling nanti. So snorkeling trip ni memang penuh satu boat. Boatman yang peramah & baik hati. Point snorkeling kami ada 5 antaranya shark point,turtle point, fish point, coral point yang lagi satu aku tak ingat. hahaha.. tapi paling mencabar di turtle point sebab dah kat tengah2 laut jugak la. air pun dah hijau bukan biru lagi. Memang mencabar. Paling best fish point sebab kat situ banyak sangat ikan. Satu buku roti habis bagi makan ikan je. Ada juga ikan yang gatal pegi gigit kaki kami.






So after snorkeling, semua kebuluran kelaparan. Nak pergi snorkeling tak bawak apa2 bekal makanan pun. Merasa la! Dengan basah-basah tu bantai masuk kafe ambil makanan tapi kami pun waras lagi. So kami kat makan kat kawasan luar yang berpasir. Lepas makan naik bilik rehat, mandi & solat. Petangnya aktiviti hiking kat windmill. Ni pun antara aktiviti yg aku tak sabar nak buat sebab tengok gambar orang post view kat windmill ni memang superb! Sekarang jeti kat situ memang dah rosak so untuk elak daripada sebarang perkara yang tak diingini, our malim bawa naik ikut jalan bukit. Pergghhhh dah lama tak naik bukit tiba-tiba engko datang nak bercuti kena mendaki bukit, memang merasa la! Mula-mula hiking aku paling depan sekali tapi bila dah kemuncak aku lah yang paling last. Nasib ada suami yang menemani. Cewaahhhh... Tapi bila dah diatas, memang hilang semua penat. Percayalah cakap aku. View semua memang tiptop. First kau akan cakap, Subhanallah cantiknya ciptaan Tuhan.




Lepas balik dari snorkeling, malam tu aktiviti bebas. Disebabkan oleh kepenatan snorkeling & hiking waktu siang, so malam tu kami rest kat bilik je. Lepas makan jalan-jalan kat jeti sambil tengok orang kampung memancing, lepas tu terus balik bilik tidur. Keesokkannya pukul 10.00 pagi dah kena check-out. Seriously aku rekomen sgt kat korang yang nak pergi ke Pulau Perhentian tapi taknak bayar mahal-mahal. Boleh contact Encik Irmie untuk maklumat lanjut. Dah panjang sangat aku tulis ni. Kesian korang baca. Tapi tak menyesal kan? hahaha... In Sha Allah next post aku bagi tips untuk trip ke Bali pulak.


Bukan Rezeki

Assalamualaikum wbt

Nak cerita sikit pengalaman preggy aku untuk first baby. At first, aku miscarriage pada bulan Ramadhan 2014. Waktu pergi shortvacay kat Cameron Highland, hati aku memang terdetik nak buat test. So gagahla pergi beli test kit lepas balik pasar malam hari sabtu kat Brinchang. Lepas test, tengok satu line je yang terang, lagi satu kabur2. Tunjuk kat suami tak ada reaksi. Terus buang dalam tong sampah. Lepas dari tu buat aktiviti macam biasa. After 1 week, start bleeding. Tak banyak, sikit je. Sehari setitik dua titik je. Cuba buat test air kencing lagi. Kali ni memang double line tu terang. Confirm preggy. Nak kepastian kami suami isteri refer kat klinik swasta area taman tempat tinggal sekarang, Doc lelaki. Masuk bilik aku bagitau masalah aku dan mention aku mengandung. Doc suruh test lagi sekali. After dia checked, memang disahkan mengandung oleh doc. Aku tanya dia kenapa ada bleeding, he answered "maybe ada luka kat bahagian saluran kencing so thats y ada darah dalam air kencing". Aku dgn suami pun terpaksa percaya sebab dia doktor walaupun kami ragu-ragu dgn jawapan tu. Next day, bleeding makin banyak. Hati tak sedap. Ambil cuti terus refer dekat KKIA. Luckily kali ni doc perempuan. Bila cakap ada bleeding, doc terus seluk. Dia tak cakap pun pasal saluran kencing luka ke apa ke. tapi lebih malang dia cakap baby boleh survive 50/50. Bila dengar macam tu, aku rasa macam nak sepak doc laki semalam. Doc bagi surat terus refer dgn hospital. Nak dipendekkan cerita, baby aku survive dalam 3 hari je after aku check dengan doc "pandai" tu. Rabu bleeding terlalu banyak & after check doc cakap rahim aku dah kosong. Tak perlu cuci pun.

Kat sini aku nak cakap, jangan memandai2 buat keputusan sendiri kalau tak pasti dengan ujian air kencing tu. Tanya orang terdekat yg ada pengalaman. Waktu tu aku memang first time pegang test kit tu. Memang zero tak tau apa-apa. If aku tau aku mengandung 1 week early, maybe baby aku boleh diselamatkan. Kedua, kalau dah confirm mengandung & bleeding, baik terus refer kat klinik pakar wanita, kkia atau hospital. Kalau terdesak nak pergi klinik swasta pun, tanya la dulu doc yg bertugas lelaki atau perempuan. Mungkin doc perempuan boleh check kita lebih detail berbanding doc lelaki. Dalam kes aku ni mungkin tak semua doktor layan pesakit endah tak endah, cuma mungkin rezeki aku tak bernasib baik waktu tu.

Itu je pengalaman aku yang boleh share dgn korang. Rezeki Allah tu ada dimana-mana. 

Kembali

Assalamualaikum wbt

Post lama semua dah delete. Sekarang dah bergelar isteri & ibu. Rasa nak berblogging semula tu membuak-buak. Feel yang biasa dilalui, bila malas banyak je benda nak update, tapi bila masa rajin nak menulis, takda benda pun nak update. Biasa. Bukan aku seorang tapi ramai yang punya rasa yang sama.

Semakin lama, cara hidup kita & aktiviti harian kita berbeza & berubah-ubah. Bujang dengan kahwin lain benar rasanya. Bila ada anak pulak lain lagi rasanya. Bertambah manis & masam hidup kita. Mula rasa apa yang selalu orang cakap. Ada anak mata jadi mata panda sebab tak cukup tidur. Suami isteri kena gilir2 bangun tengah malam bancuh susu anak, tukar lampin anak. Memang betul semua tu. Untuk 2 bulan yang pertama tu memang terasa yang kita tak cukup tidur. Lama2 anak makin besar, ragam anak dah bertukar, tidur anak semakin nyenyak, tidur mak jangan katakan setakat nyenyak, meleleh air liur dibuatnya. Bila dah macam tu rindu pulak dengan moment berjaga malam tu. Mana satu kau nak?

Semua tu korang akan rasa. Dengan izin tuhan. Ni post salam perkenalan kembali. Next entry baru aku akan post pengalaman aku sepanjang last 2 years and last year. Especially moment time preggy and saat2 kelahiran.

Btw, hari ni hari lahir imamku, Noor Azizi Bin Md Yusof. Selamat Hari Lahir sayangku.
Ikhlas dari ibu and baby Dayani.