Bukan Rezeki

Assalamualaikum wbt

Nak cerita sikit pengalaman preggy aku untuk first baby. At first, aku miscarriage pada bulan Ramadhan 2014. Waktu pergi shortvacay kat Cameron Highland, hati aku memang terdetik nak buat test. So gagahla pergi beli test kit lepas balik pasar malam hari sabtu kat Brinchang. Lepas test, tengok satu line je yang terang, lagi satu kabur2. Tunjuk kat suami tak ada reaksi. Terus buang dalam tong sampah. Lepas dari tu buat aktiviti macam biasa. After 1 week, start bleeding. Tak banyak, sikit je. Sehari setitik dua titik je. Cuba buat test air kencing lagi. Kali ni memang double line tu terang. Confirm preggy. Nak kepastian kami suami isteri refer kat klinik swasta area taman tempat tinggal sekarang, Doc lelaki. Masuk bilik aku bagitau masalah aku dan mention aku mengandung. Doc suruh test lagi sekali. After dia checked, memang disahkan mengandung oleh doc. Aku tanya dia kenapa ada bleeding, he answered "maybe ada luka kat bahagian saluran kencing so thats y ada darah dalam air kencing". Aku dgn suami pun terpaksa percaya sebab dia doktor walaupun kami ragu-ragu dgn jawapan tu. Next day, bleeding makin banyak. Hati tak sedap. Ambil cuti terus refer dekat KKIA. Luckily kali ni doc perempuan. Bila cakap ada bleeding, doc terus seluk. Dia tak cakap pun pasal saluran kencing luka ke apa ke. tapi lebih malang dia cakap baby boleh survive 50/50. Bila dengar macam tu, aku rasa macam nak sepak doc laki semalam. Doc bagi surat terus refer dgn hospital. Nak dipendekkan cerita, baby aku survive dalam 3 hari je after aku check dengan doc "pandai" tu. Rabu bleeding terlalu banyak & after check doc cakap rahim aku dah kosong. Tak perlu cuci pun.

Kat sini aku nak cakap, jangan memandai2 buat keputusan sendiri kalau tak pasti dengan ujian air kencing tu. Tanya orang terdekat yg ada pengalaman. Waktu tu aku memang first time pegang test kit tu. Memang zero tak tau apa-apa. If aku tau aku mengandung 1 week early, maybe baby aku boleh diselamatkan. Kedua, kalau dah confirm mengandung & bleeding, baik terus refer kat klinik pakar wanita, kkia atau hospital. Kalau terdesak nak pergi klinik swasta pun, tanya la dulu doc yg bertugas lelaki atau perempuan. Mungkin doc perempuan boleh check kita lebih detail berbanding doc lelaki. Dalam kes aku ni mungkin tak semua doktor layan pesakit endah tak endah, cuma mungkin rezeki aku tak bernasib baik waktu tu.

Itu je pengalaman aku yang boleh share dgn korang. Rezeki Allah tu ada dimana-mana.