Kembali

Assalamualaikum wbt

Post lama semua dah delete. Sekarang dah bergelar isteri & ibu. Rasa nak berblogging semula tu membuak-buak. Feel yang biasa dilalui, bila malas banyak je benda nak update, tapi bila masa rajin nak menulis, takda benda pun nak update. Biasa. Bukan aku seorang tapi ramai yang punya rasa yang sama.

Semakin lama, cara hidup kita & aktiviti harian kita berbeza & berubah-ubah. Bujang dengan kahwin lain benar rasanya. Bila ada anak pulak lain lagi rasanya. Bertambah manis & masam hidup kita. Mula rasa apa yang selalu orang cakap. Ada anak mata jadi mata panda sebab tak cukup tidur. Suami isteri kena gilir2 bangun tengah malam bancuh susu anak, tukar lampin anak. Memang betul semua tu. Untuk 2 bulan yang pertama tu memang terasa yang kita tak cukup tidur. Lama2 anak makin besar, ragam anak dah bertukar, tidur anak semakin nyenyak, tidur mak jangan katakan setakat nyenyak, meleleh air liur dibuatnya. Bila dah macam tu rindu pulak dengan moment berjaga malam tu. Mana satu kau nak?

Semua tu korang akan rasa. Dengan izin tuhan. Ni post salam perkenalan kembali. Next entry baru aku akan post pengalaman aku sepanjang last 2 years and last year. Especially moment time preggy and saat2 kelahiran.

Btw, hari ni hari lahir imamku, Noor Azizi Bin Md Yusof. Selamat Hari Lahir sayangku.
Ikhlas dari ibu and baby Dayani.